Pages

PRIMADONA WORLDWIDE



Terhasilnya PRIMADONA WORLDWIDE adalah hasil tercetusnya keinginan pengasasnya iaitu Seniwati Dato 'Dr Sarimah Ahmad untuk berkongsi rahsia kesihatan beliau mengamalkan pemakanan makanan tambahan yang berasaskan ekstrak sel stem tumbuhan melalui, sistem rangkaian yang terbaik serta mujarab mencegah merawat sel sel tubuh badan yang mengalami penyakit seperti BARAH, GOUT, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, DAN PENYAKIT DALAMAN YANG SERIUS ..

PENYAKIT BUAH PINGGANG




Pengertian buah pinggang atau juga dikenali sebagai ginjal ialah kehilangan progresif fungsi buah pinggang yang lambat selama beberapa tahun, mengakibatkan kegagalan buah pinggang yang kekal.

penyebab berlakunya kegagalan buah pinggang -tekanan darah tinggi -penyakit diabetis -penyakit ginjal polycystic -sekatan pada saluran kencing -glomerulonephritis -kanser -kegagalan autoimmune -systemic lupus erythematosus(SLE) -penyakit jantung dan paru-paru -pengambilan ubat tahan sakit dalam jangka masa yang panjang(cth: acetaminophen dan NSAIDS)


TESTIMONI PESAKIT BUAH PINGGANG

0194277098 / 0195954485




tanda-tanda dan simtom -tekanan darah meningkat disebabkan peningkatan cecair di dalam badan -risiko bertambah kepada pesakit yang mengalami penyakit tekanan darah tinggi -kegagalan jantung -pengumpulan urea berlaku dan menyebabkan azotemia -uremia,pericarditis dan encephalopathy -urea dirembeskan melalui cara perpeluhan dan mengkristal pada kulit( uremic frost ) -potasium berkumpul didalam darah dan membawa kepada kegagalan jantung arrhythmias -kurangnya mensintesis erythropoietin(berpotensi menjadi anemia yang boleh menyebabkan keletihan) -isipadu cecair overload(edema ringan, pulmonary edema) -hyperphosphatemia(disebabkan berkurangnya pengeluaran phosphate berkaitan dengan hypocalcemia -kekurangan vitamin D3 -hyperparathyroidism -hypercalcemia -renal osteodystrophy -kalsifikasi vaskular yang selanjutnya menganggu fungsi jantung -atherosclerosis -penyakit kardiovaskular -sistem neurologic seperti penurunan kognitif, perubahan personaliti, asterixis atau gangguan motor yang memberi kesan pada otot, dan sawan -sistem gastrointestinal seperti loya, muntah, hilang deria rasa -sistem pembentukan darah seperti anemia disebabkan kekurangan erythropoetin, mudah lebam dan berdarah disebabkan ketidaknormalan platelets -sistem pulmonari seperti kesukaran bernafas -sistem kardiovaskular seperti sakit dada disebabkan inflamasi disekeliling jantung (pericarditis),dan penggumpulan cecair di sekeliling jantung (pericardial effusion) -gatal-gatal pada kulit

diagnosis -peningkatan blood urea nitrogen (BUN)dan creatinine -kurang sel darah merah -peningkatan hormon parathyroid -kurang kalsium dalam darah (hypocalcemia) -peningkatan phosphate dalam darah (hyperphoshatemia) -peningkatan potasium dalam darah (hyperkalemia) -kurang sodium dalam darah (hyponatremia) -kurang bikarbonate dalam darah -kurang pH dalam darah

DIABETES / KENCING MANIS


Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

TESTIMONI PESAKIT KENCING MANIS
                                           0194277098 / 0195954485  
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

PENYAKIT BARAH OTAK


Apakah itu barah otak?
Kanser otak atau tumor ditentukan dalam empat peringkat. Peringkat 1 adalah kurang teruk manakala peringkat 4 adalah mengancam nyawa. Ini peringkat yang ditentukan oleh pertumbuhan sel tidak normal dalam otak. Dalam usaha untuk menentukan peringkat kanser otak, biopsi otak perlu dilakukan. Apabila biopsi diambil, ia diperiksa di bawah mikroskop. Peperiksaan ini menentukan jumlah pertumbuhan sel dan jika ia telah merebak ke tisu sekitarnya.

Kira kira barah otak peringkat 1
Peringkat 1 kanser otak adalah kurang serius dan mudah dirawat. Apabila pesakit didiagnosis dengan tahap 1 kanser otak, pertumbuhan adalah perlahan. Sesetengah sel-sel masih menyerupai sel-sel normal dalam otak. Pada peringkat awal kanser otak, sel-sel tidak menyerang tisu di sekitarnya. Pembedahan dilakukan dan dalam kebanyakan kes, seluruh tumor boleh dikeluarkan. Kadang-kadang kemoterapi atau radiasi diberi untuk memastikan semua sel-sel kanser dihapuskan.

kira kira barah otak peringkat 2
Pada peringkat 2, tumor adalah lebih besar. Kemungkinan besar ia telah merebak ke tisu sekitarnya. Walaupun pada peringkat ini, ia boleh dirawat dengan pembedahan. Seperti peringkat 1 dan bergantung kepada di mana tumor telah merebak, tumor boleh dikeluarkan. Pada peringkat 2, ketumbuhan mempunyai potensi untuk berkembang ke peringkat yang lebih tinggi atau menjadi agresif.

kira kira barah otak peringkat 3

Pesakit yang menghidap kanser peringkat 3 mempunyai tumor yang lebih agresif. Pertumbuhan tumor adalah jelas. Sel-sel kanser di dalam otak atau kini yang tersendiri. Mereka kelihatan berbeza daripada sel-sel normal. Selalunya, tisu sekitarnya telah menjadi terjejas. Rawatan diberikan dalam bentuk kemoterapi. Jika tumor adalah besar dan pembedahan tidak boleh dilakukan segera, kemoterapi digunakan untuk mengurangkan saiz. Pakar bedah boleh pergi selepas tumor telah kecut dan mengeluarkannya.

kira kira barah otak peringkat 4
Pada peringkat 4, tumor telah berkembang secara agresif. Ini peringkat kanser otak boleh menjadi sukar untuk merawat, tetapi tidak mustahil. Saiz, lokasi dan jika ia telah merebak ke bahagian lain otak menentukan jenis rawatan yang diperlukan.


TESTIMONI BARAH OTAK HASIL DARI PRIMADONA

0194277098 / 0195954485

BARAH PAYU DARA


Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita Malaysia.
Pengesanan di peringkat awal perlu dilakukan agar rawatan yang sewajarnya dan berkesan dapat diberikan.

Ia boleh dilakukan melalui kesedaran wanita itu sendiri dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan terutama di kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas.
Wanita yang telah berumur 30 tahun ke atas patut menjalani pemeriksaan dengan doktor atau kakitangan perubatan berkelayakan.

Pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payu dara di peringkat awal dan memudahkan rawatan yang lebih berkesan.


Tanda-tanda awal kanser payudara

Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting.
* Perubahan rasa di payudara atau puting
* Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
* Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
* Perubahan dilihat pada payudara atau puting
* Perubahan saiz dan bentuk payudara
* Puting payudara terperosok ke dalam
* Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, wanita haruslah berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara mereka atau tanda-tanda tersebut tidak hilang.
Kebanyakan simptom atau tanda-tanda ini bukan kanser.

Siapa berisiko tinggi?

Tiada siapa tahu punca yang jelas berlakunya kanser payudara. Bagaimanapun kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh memungkinkan seseorang itu mengalami kanser payudara.

Umur: Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara semakin tinggi bila wanita semakin berumur.Penyakit ini jarang dialami oleh wanita sebelum menopaus.

* Sejarah individu kanser payudara: Seorang wanita yang mengalami kanser payudara di sebelah payudara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser payudara di sebelah satu lagi.

* Sejarah keluarga: Seorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara sekiranya ibu, saudara perempuan atau anak perempuannya mengalami kanser payudara.

* Beberapa perubahan di payudara: Beberapa peratus wanita mempunyai sel di payudara yang tidak normal.

Contohnya Atypical hyperplasia atau Lobular carcinoma in situ merupakan sel-sel abnormal di payudara yang mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara.

Perubahan genetik: Perubahan pada gen-gen tertentu (BRCA1, BRCA2 dan yang lain).Wanita yang berada di kalangan keluarga yang mengalami kanser payudara boleh menjalani pemeriksaan genetik untuk mengetahui perubahan pada gen-gen tertentu.


Risiko lain

* Kesuburan dan sejarah haid

* Semakin berumur seseorang wanita semasa memperoleh anak pertama, semakin tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.

* Wanita yang mengalami haid pada umur yang terlalu awal (sebelum 12 tahun), putus haid di usia lewat (selepas umur 55 tahun), atau tidak mempunyai anak juga mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara.

* Mereka yang mengambil terapi hormon menopaus melebihi lima tahun berkemungkinan mendapat kanser payu dara.

* Bangsa: Kanser payudara lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berkulit putih daripada bangsa Asia atau Afrika.

* Obes setelah menopaus: Setelah menopaus, mereka yang obes (terlalu gemuk) berkemungkinan besar mendapat kanser payudara yang lebih tinggi.

* Aktiviti fizikal: Wanita yang tidak aktif langsung sepanjang usianya mengalami risiko yang tinggi untuk memperolehi kanser payudara.

* Alkohol: Beberapa kajian menunjukkan wanita yang meminum arak berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Wanita yang mengalami tanda-tanda di atas perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut. Biasanya ketulan yang lembut, licin, bulat dan boleh bergerak-gerak adalah tidak merbahaya atau benigna.Ketulan yang tidak jelas bentuknya, melekat di dalam tisu payu dara selalunya berkemungkinan besar adalah kanser.

Oleh yang demikian adalah sedikit info mengenai tanda-tanda awal Kanser Payudara.Untuk Kaum wanita adalah dinasihatkan supaya dapat membuat pemeriksaan sendiri mauhupun di hospital atau klinik yang bertauliah.Sediakan payung sebelum hujan kerana wanita adalah tonggak dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Primadona Utara © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops